Renovate

Jerawat Di Bahagian Muka & Leher Memberi Indikasi Kesihatan Dalaman



Source:
http://www.hijabista.com.my/trending/jerawat-di-bahagian-muka-leher-memberi-indikasi-kesihatan-dalaman-1.469280


Kadangkala jerawat yang tumbuh tanpa amaran pada wajah anda memberi anda stress yang tidak berpenghujung. Ia membuatkan anda tertanya-tanya apakah puncanya. Adakah hormon anda tidak stabil? Adakah anda tersalah makan?


Tahukah anda bahawa terdapat pumca dalaman yang membuatkan jerawat anda tumbuh secara tiba-tiba? Pemetaan jerawat pada wajah ini adalah ilmu zaman lampau yang masih lagi sangat relevan hari ini malah kebanyakkannya adalah bertepatan dengan masalah dalaman kita. Ia menmbahagikan wajah kita kepada beberapa seksyen dan zon.


Setiap zon memberi indikasi masalah dalaman anda. Ayuh, mari kita lihat di bawah:



Zon 1 & 3: Sistem Penghadaman

Kandungan lemak yang tinggi dalam diet anda akan mengakibatkan jerawat timbul pada bahagian dahi anda. 'Bersihkan' diet anda dengan teh hijau yang kaya dengan antioksida dan tingkatkan pengambilan air masak untuk menghilangkan jerawat pada zon ini.


Zon 2: Hati

Pengambilan bahan tenusu dan juga reaksi alergi adalah penyebab utama jerawat timbul di kawasan ini. Temui doktor anda jika anda mengalami intoleransi pada sesuatu bahan tenusu, jika tidak silalah kurangkan pengambilan bahan makanan ini.


Zon 4, 6, 8 & 10: Buah Pinggang

Jerawat berdekatan dengan telinga anda dan juga lingkaran hitam bawah mata adalah kemungkinan besar berpunca dari dehidrasi.
Pastikan anda sentiasa dalam keadaan penuh hidrasi dengan pengambilan air, sekurang-kurangkan 8 gelas sehari dan elakkan pengambilan air kopi, air teh dan garam berlebihan.


Zon 7: Jantung

Kawasan ini penuh dengan liang pori maka pastikan berus atau span solek anda dan apa sahaja yang anda oleskan pada bahagian wajah anda berada dalam keadaan yang bersih. Berjerawat di kawasan ini memberi indikasi akan kemungkinan tekanan darah tinggi.
Gantikan makanan yang mengandungi lemak 'jahat' dengan lebih sayuran, buah-buahan, kekacang dan ikan yang kaya dengan Omega. Sila berjumpa dengan doktor anda jika anda mahu berbincang lebih mengenai masalah berkaitan jantung.



Zon 5 & 9: Sistem Pernafasan

Jika anda seorang perokok, anda akan mengalami masalah jerawat di kawasan ini. Buat mereka ini, dedahkan diri anda dengan udara yang segar dengan beriadah secara konsisten. Ia akan memberi keajaiban kepada kompleksi anda.


Zon 11 & 13: Hormon

Bagi kebanyakkan wanita, zon ini memberi indikasi jelas kepada tahap stres dan ketidakseimbangan hormon terutamanya ketika 'Pre-Menstrual Syndrome' (PMS).
Walaupun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menghilangkan masalah ini tetapi makan secara sihat dan bersenam akan memberi tindak balas positif pada masalah ini.


Zon 12: Perut

Jika diet harian anda penuh dengan makanan yang berat dan 'kaya', saranan terbaik adalah dengan amalan detoks atau tambahkan lebih fiber pada diet harian anda dan juga bersenam secara konsisten untuk membantu ketidakhadaman.


Zon 14 (Leher): Penyakit

Jerawat pada bahagian ini menandakan tubuh badan anda sedang melawan bakteria. Banyakkan rehat jika anda rasa tidak sihat dan minum banyak air masak agar tubuh anda terhidrat dan relaks.


Semoga maklumat ini memberi manafaat kepada kita semua.